NO. 2, JALAN PERMAI 14A, TAMAN LESTARI PERMAI, SERI KEMBANGAN, 43300, SELANGOR
+60103391471

TENTANG DARUL KAHFI

DK Web Header

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL KAHFI

Ustaz Talib

Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi diasaskan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abu Saman pada tahun 1990. Dilahirkan pada 25 Nov 1967 di Sik Kedah, mendapat pendidikan agama peringkat awal di pondok. Dalam rawatan Alternatif beliau pernah belajar dengan Ustaz Nazri Hussain, Ustaz Harun Din serta berguru dengan berpuluh guru dari Malaysia.

Kepakaran beliau dalam Ilmu Tenaga Dalam (Aura) terbukti dengan beribu pesakit Mistik/ganjil pulih di tangannya dengan izin Allah SWT. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang rawatan islam untuk segala jenis penyakit yang melibatkan gangguan jin khususnya penyakit-penyakit sihir, gangguan jin atau makhluk halus, rawatan keluarkan santau, membuang saka, barah, berbekam, urutan tradisional dan lain-lain. InsyaAllah.

Semenjak penubuhan Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi, beribu-ribu pesakit telah datang mendapatkan rawatan dan dengan izin Allah, kebanyakkan pesakit telah sembuh. Ramai juga yang datang berulang kembali kerana keyakinan mereka dalam kaedah perubatan yang di guna pakai di Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi.

PERAWAT KAMI

Perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi kebanyakkannya terdiri daripada bekas pesakit yang telah sembuh dengan berkat ikhtiar dan doa daripada perawat-perawat terdahulu.

Hasil usaha mereka membina kekuatan dalaman dan keyakinan tentang ilmu yang diajarkan di Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia, kesemua perawat di Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi telah ditauliahkan dan diijazahkan sebagai perawat daripada Ustaz Abdul Mutalib.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

KAEDAH RAWATAN DI PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL KAHFI

Kaedah rawatan yang digunapakai oleh Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi adalah kaedah rawatan islam yang berdasarkan kepada bacaan-bacaan ruqyah yang diambil bersumberkan daripada Al-Quran dan disertakan dengan rahsia-rahsia kekuatan insan sebagaimana difirmankan di dalam Al-Quran Surah Al-Hijr Ayat 29.

فَاِذَا سَوَّيْتُهٗ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ فَقَعُوْا لَهٗ سٰجِدِيْنَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”

Rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi tidak melibatkan penggunaan sebarang jenis khadam atau pengantaraan. Perawat-perawat kami telah dilatih supaya tidak melibatkan sebarang sentuhan terhadap pesakit melainkan jika dalam keadaan kerasukan yang keterlaluan.