Lot 12B, Keda Mall@Sik, Kampung Merbau Kudung, 08200, Sik, Kedah
+60102054988

BEKAM SUNNAH

BEKAM SUNNAH AL-KAHFI

Bekam Sunnah merupakan suatu teknik perubatan sunnah Rasulullah saw dan para-para sahabat Rasullullah yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala, Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20 dan kini dimodenkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang efektif tanpa kesan-kesan sampingan.

Bekam didefinasikan sebagai satu kaedah membuang darah (toksin-racun yang berbahaya dari dalam tubuh) melalui permukaan kulit iaitu dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Ianya berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dan lain-lain.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.Ia juga adalah salah satu caralah satu Detoksifikasi (proses pengeluaran toksid / racun) yang selamat dan sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

 

Bekam Sunnah

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW

Nabi Saw bersabda
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”

PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

Perubatan Islam

GAMBAR SEKADAR HIASAN

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari , baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit.

Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Sel Mati

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)

JENIS-JENIS BEKAM

Bekam kering atau bekam angin (tidak menggunakan pisau hanya cawan ditekapkan di atas kulit) adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah atau bekam darah ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan pisau pakai buang atau pen bekam untuk menghiris sedikit kulit atau menyucuk di point-point tertentu di mana darah toksik akan dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat, kehitam-hitaman, bertali-tali serta berbuih.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam. Selepas berbekam hendaklah berehat dan makan/mandi selepas sejam atau dua jam kemudian. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

72 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

Sakit

Berikut merupakan penyakit yang dapat disembuhkan melalui kaedah berbekam. Insya'Allah jika dilakukan secara konsisten, penyakit-penyakit tersebut akan sembuh:

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia

13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur

25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus

37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Masalah Kesuburan
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak bukan semulajadi

49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki

61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Penyakit mata
67) Berhenti haid
68) Bengkak testis
79) Tekanan darah rendah
70) Penyakit rahim
71) Keputihan
72) Batuk kronik dan penyakit paru-paru

WAKTU BERBEKAM

Berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan hijiriah mengikut kajian para ulama seperti Ibnu Sina kerana ketika ini, darah toksik berhimpun di dalam badan. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud - II/732, karya Imam al-Albani)

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.”
(Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani -II/204)

LARANGAN BERBEKAM

1) Wanita hamil / Mengandung
2) Orang tua yang lemah
3) Pesakit darah rendah
4) Pesakit kencing manis
5) Wanita yang kedatangan haid
6) Orang yang mengamalkan ubat pencair darah
7) Pesakit leukimia, penyakit kulit yang serius
8) Orang yang sangat letih, kehausan, kelaparan atau kekenyangan

Rasulullah S.A.W bersabda:
عليكم بالحجامه في جوزة القمحدوة فإنه دواء من اثنتين و سبعين داء
“hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu, merupakan ubat tujuh puluh dua penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 73 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang