Lot 12B, Keda Mall@Sik, Kampung Merbau Kudung, 08200, Sik, Kedah
+60102054988

HISTERIA / KERASUKAN

MENGENAI HISTERIA / KERASUKAN

Histeria

Histeria atau Kerasukan adalah ketika mana badan pesakit diambil alih oleh jin yang mengganggunya. Ketika berlakunya kerasukan, pesakit mungkin akan mengalami perubahan dari segi watak dan perangai. Seseorang yang pendiam boleh berubah menjadi seorang yang tidak henti-henti bercakap, sentiasa marah-marah, tidak suka mendengar ayat suci Al-Quran dan sebagainya.

Kerasukan 50-50 adalah keadaan di mana pesakit masih waras dan sedar dia melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendaknya, namun badannya seolah-olah bergerak sendiri tanpa kerelaannya. Pesakit juga mungkin akan merasakan bahawa ada entiti yang lain yang sering bercakap dengannya.

 

Kerasukan 100% adalah situasi dimana tubuh badan pesakit telah diambil alih sepenuhnya, dan pesakit tidak menyedari tentang perbuatan tubuh badannya. Apabila jin mengambil alih 100% tubuh badan pesakit, pesakit mungkin akan memiliki kekuatan yang luar biasa. Seorang perempuan yang kecil tubuh badannya mungkin memerlukan 4 hingga 6 orang untuk mengawalnya daripada menjadi lebih agresif. Selepas jin itu keluar daripada tubuh badan pesakit, pesakit akan terpinga-pinga dan merasa pelik dengan situasi tersebut. Sewaktu dirasuk, pesakit tidak boleh mengingati langsung apa yang telah berlaku.

HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN