KENALI SANTAU
Santau merupakan istilah bangsa melayu sebagai sihir yang dihantar daripada seseorang melalui perantaraan jin dan bomoh serta dukun. Berbeza dengan sihir atau gangguan biasa, santau boleh memudaratkan pesakit sehingga menyebabkan penyakit fizikal seperti kanser, gastrik, gelisah, kemurungan dan sebagainya.
Jin Santau juga merupakan jin yang mempunyai kekuatan yang luar biasa dan kedudukannya hanya di bawah Ifrit. Jin Santau juga sangat licik sehingga banyak perawat tidak dapat mengenal pasti bahawa itu merupakan penyakit santau. Ada juga kes-kes di mana pesakit ingin datang ke Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi, tetapi Jin Santau membawanya ke tempat yang lain dan menutup mata pesakit dengan sihirnya.
Kebanyakkan pesakit santau yang pernah mendapatkan rawatan di pusat perubatan islam lain dan menghabiskan wang berpuluh ribu tidak pulih kerana bukan semua perawat boleh melawan kekuatan Jin Santau.
Selain kekuatan dan kelicikannya, Jin Santau juga mempunyai bala tenteranya yang tersendiri daripada golongan jin. Bala tentera Jin Santau ini lah yang akan biasanya membuat kerja bagi pihak Jin Santau. Apabila di'scan' oleh perawat biasa, akan kelihatan seperti sihir jin biasa.
Kerana itulah pesakit tidak sembuh-sembuh.
Jika tiada pelanggan yang meminta perkhidmatan, Bomoh Santau masih perlu melepaskan Jin Santau setiap 6 bulan bagi memastikan Jin Santau mendapat makanan yang secukupnya. Kerana itulah masih ramai yang terkena santau walaupun tiada musuh.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ وَمَنْ يَّتَّبِعْ خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ فَاِنَّهٗ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهٗ مَا زَكٰى مِنْكُمْ مِّنْ اَحَدٍ اَبَدًاۙ وَّلٰكِنَّ اللّٰهَ يُزَكِّيْ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ
21. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya dia (setan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
(Surah An-Nur: Ayat 21)
SIMPTOM
Antara tanda-tanda pesakit telah disantau, pesakit akan mengalami simptom² seperti berikut:
- Sakit² sendi
- Badan berangin walaupun baru sahaja di urut
- Badan terasa sentiasa letih dan penat seperti memikul beban yang teramat berat
- Susah untuk melakukan apa saja kerja. Jika berniaga, perniagaan yang maju sebelum ini akan perlahan² sunyi dan sepi, pelanggan seolah² nampak yang kedai ditutup, walaupun tuan kedai di depan mata
- Rumah tangga terasa seperti tidak tenteram, ada sahaja perkara yang membuat pergaduhan dengan pasangan walaupun perkara² yg remeh, bila berjauhan dengan pasangan, hubungan terasa tenang kembali.
KATEGORI SANTAU
Santau terbahagi kepada 5 kategori.
1. Santau Bisa merupakan kategori santau yang paling kuat & biasanya bertujuan bagi membuat pesakit mati atau lumpuh sehingga tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup seperti biasa.
2. Santau Pengasih pula biasanya dilakukan oleh orang ketiga, bagi tujuan membuatkan pesakit terbayang-bayang dan tergila-gilakan si dia, walaupun telah bersuami/beristeri. Pesakit akan kerap teringatkan orang ketiga ini dan dalam kes² yang ekstrem, sewaktu sedang bersama dengan pasangan.
3. Santau Penunduk bertujuan bagi memastikan pesakit taat dan patuh kepadanya. Pesakit tidak mampu untuk berkata tidak kepada yang telah menundukkannya. Pesakit biasanya akan mula kurang bercakap akibat pergolakan dengan hatinya sendiri. Lama kelamaan pesakit akan mula mengalami depresi kerana keinginnya untuk berkata tidak, tidak dapat dipenuhi.
4. Santau Pelalau pula dilakukan supaya pesakit tidak dapat bertemu jodoh atau supaya jodoh tidak berkekalan. Berbeza dengan Santau Pengasih, penghantar santau mungkin tidak berminat kepada pesakit, cuma mungkin sekadar ingin merasa puas apabila melihat pesakit terseksa.
5. Santau Busung paling mudah dikesan kerana perut pesakit akan membesar seolah-olah sedang mengandung. Perut pesakit akan terasa kembung dan mencucuk-cucuk sepanjang masa sehingga menyebabkan pesakit tidak boleh membuat sebarang aktiviti berat.
Sihir busung salah satu cabang sihir kategori santau bisa juga di gunakan oleh pengamal tukang sihir yang paling di geruni dan boleh membawa maut. Bomoh-bomoh sakai asli selalu mengunakan sihir busung melalui pelbagai kaedah.
Salah satu contoh ialah menggunakan katak yang baru mati dibunuh lalu diletakkan bisa ke dalam perut katak dan darah atau angin lalu di puja untuk mengenakan mangsa.Tanda gangguan boleh dikenal pasti apabila menjelang lepas asar hingga ke malam perut pesakit tiba-tiba boleh buncit mengeras bdan berasa benda bergerak serta mencucuk-cucuk. Ia boleh menjadi sesak nafas tersekat-sekat. Ada masa perut pesakit akan seperti sediakala dan bersilih ganti busungnya seolah2 seperti permainan. Pesakit juga akan mengalami mimpi kubur, tempat kotor, mimpi ular hitam atau anjing hitam dan binatang berbisa. Ada juga bermimpi makhluk hodoh dan sering nampak kelibat atau lintasan banyangan lembaga hitam.
Malah ada juga pesakit yang lemah semangat bila terkena busung, mereka akan meracau seperti kerasukan tambah2 lagi bila maghrib menjelang. Sakit tidak terperi seperti kejang urat di sekitar perut dan mengeras seperti batu, berguling-guling tidak tentu arah dan biasanya akan beransur kurang sakit selepas waktu Isyak. Menjelang tengah malam nanti, pesakit akan mula merasai sakit berulang kali seperti tadi. Kadang2 terdengar suara sayup2 memanggil nama mereka.
RUMUSAN
Ciri-ciri orang terkena ilmu hitam atau santau adalah sering gelisah dan mimpi ngeri. Bahkan pada satu2 masa mereka akan terlihat lintasan dan bayangan sekilas lalu serta bunyi-bunyi yang ganjil. Rasa marah dan benci yang amat sangat, panas dalam tubuh, sakit bahagian leher serta juga belakang sehingga mengakibatkan hilang nafsu makan seketika. Tetapi ada juga yang nafsu makan meningkat luar biasa sehingga badan mereka menjadi gemuk diluar jangkaan. Keadaan ini jarang berlaku sekali.
Organ-organ lain dalam tubuh akan terasa sakit berpanjangan dan bertukar2 tempat sakit. Jika dibawa ke hospital, memang tidak dapat dikesan sakitnya. Sesudah itu ada yang sampai muntah darah, hilang nafsu batin serta akibat dari itu rumahtangga menjadi keberantakan sehingga bercerai-berai. Bagi yang belum berkahwin, mereka tidak bernafsu untuk mendirikan rumahtangga. Dan akhirnya menjadi tempat lampias nafsu jin/syaitan santau tersebut. Jadilah mereka membenci lelaki dan begitulah sebaliknya.
Santau bersumber dari kebencian, irihati, perasaan dendam dan kekuatan jahat manusia. Di Malaysia, santau adalah termasuk salah satu kaedah ilmu sihir atau ilmu hitam yang masih dipakai sehingga saat ini. Bahkan, ada beberapa daerah yang dianggap sebagai gedung ilmu santau iaitu tempat belajar cara membuat santau. Nauzubillah Minzalik, Wallahuallam ...
Permainan jin/syaitan santau adalah untuk menyusahkan umat islam serta membuatkan kehidupan berakhir dengan penderitaan berputus harapan dengan Allah SWT.
Perbuatan haram ini telah merosakkan akidah dan membatalkan iman dan secara tidak langsung memecah-belahkan masyarakat serta menimbulkan fitnah. Bahkan mereka yang terlibat dalam pekerjaan jin/syaitan hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan jin/syaitan.