NO. 2, JALAN PERMAI 14A, TAMAN LESTARI PERMAI, SERI KEMBANGAN, 43300, SELANGOR
+60103391471

PSSGRM

PSSGRM Website
Hubungi Kami

PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK RAHSIA MALAYSIA

No. Pendaftaran: PPM-005-10-23112019

Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia (PSSGRM) adalah sebuah pertubuhan yang mengetengahkan semula seni warisan bangsa Melayu yang kian pudar dalam mengamalkan senaman pernafasan jasmani dengan olahan nafas yang dipanggil JURUSAN. Amalan memberikan manfaat kesihatan kepada pengamalnya dengan membangkitkan kekuatan fizikal, mental dan rohani.

Pelbagai kaedah pernafasan yang digunakan oleh perguruan-perguruan di Malaysia dan nusantara. Namun begitu, perbezaannya adalah pada olahan teknik beserta dengan falsafah perguruan masing-masing. PSSGRM membawa kelainan dalam jurusan pernafasan melalui beberapa teknik yang telah ditambah baik beserta dengan falsafah ILMU, IMAN, YAKIN, dan IKHLAS.

Sehingga kini, seramai lebih 150 orang telah mendaftar sebagai ahli dari seluruh Malaysia.

KEAHLIAN PSSGRM

Keahlian dibuka kepada semua Bangsa Melayu berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran sebagai ahli PSSGRM.

KAD KEAHLIAN GR SAMPLE-02
KAD KEAHLIAN GR BACK SAMPLE-03

Kad keahlian PSSGRM yang dilengkapi dengan Touch 'n Go.

JURUSAN PSSGRM

APA ITU JURUSAN?

JURUSAN ialah suatu istilah bagi Senaman Pernafasan Jasmani/Dalaman di dalam seni warisan bangsa Melayu.

APAKAH KEBAIKAN JURUSAN?

1) Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
2) Menguatkan imuniti secara semulajadi.
3) Membantu mempercepatkan proses pemulihan pernafasan.
4) Menguatkan paru-paru dan mengelakkan otot-otot & paru-paru menjadi lemah.
5) Menyegarkan otak dan tubuh badan.
6) Melambatkan proses penuaan kerana tisu-tisu mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Jurus 1
Jurus 2

KESAN JURUSAN KEPADA PENGAMALNYA?

Pengamal akan berasa santai dan tenang selepas melakukan senaman ini yang boleh membantu menghilangkan stress atau kekusutan di fikiran. Lebih berkesan lagi jika senaman ini diiringi dengan bacaan zikir dan salawat di dalam hati. Ia seolah-olah mendapat suntikan antibiotik yang alami, kerana waktu itu otak akan merembeskan hormon endorphin yang secara alaminya membantu menghilangkan stress dan juga menguatkan tubuh badan.

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

(Surah Ar-Rad Ayat 11)

Follow us@300x

AKTIVITI PSSGRM

Majlis Ihram PSSGRM 2021 yang bertempat diadakan di Sik, Kedah. Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli-ahli baharu yang lengkap pengajiannya. Turut diadakan AGM PSSGRM bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi 2022.

Bertarikh Februari 2020, Majlis Perasmian PSSGRM diadakan dengan jayanya di Putrajaya. Dato' Nazim Johan turut hadir menyerikan majlis.

Aktiviti mingguan PSSGRM di mana ahli-ahli berkumpul untuk latihan Jurusan berjemaah.