NO. 2, JALAN PERMAI 14A, TAMAN LESTARI PERMAI, SERI KEMBANGAN, 43300, SELANGOR
+60103391471

AKTIVITI

Hubungi Kami

KEMERIAHAN MAJLIS IHRAM PSSGRM 2021

Majlis Ihram 2021

Majlis Ihram PSSGRM diadakan bagi meraikan ahli-ahli baharu yang bakal menerima ijazah peringkat dewasa. Acara tahunan pada kali ini berlangsung di Hill Lake View Resort, Sik, Kedah; seramai 60 ahli Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia dari seluruh Malaysia berkumpul untuk Majlis Ihram PSSGRM bagi tahun 2021.

Kehadiran ahli yang ramai untuk majlis pada tahun ini tidak dijangka oleh pihak penganjur memandangkan lokasi majlis yang diadakan jauh dan kebanyakan ahli pertubuhan menetap di Lembah Klang. Melihat kehadiran yang ahli yang ramai cukup mengharukan Guru Utama, Ustaz Abdul Mutalib Bin Abu Saman dalam ucaptamanya di pembukaan majlis.

"Saya amat terharu, rasa sebak pun ada... nak menangis pun ada... tetapi disebabkan ada rakan-rakan saya pada malam ini, saya tahan juga.." Ucap Ustaz Abdul Mutalib sambil berseloroh. Sekurang-kurangnya majlis yang diadakan julung-julung kali ini dapat mengubat rindu anak-anak murid kepada guru yang tercinta selain mengeratkan silaturrahim sesama ahli pertubuhan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT majlis yang dirancang selama 3 hari 2 malam itu berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang sangat baik sepanjang program. Semoga dengan penganjuran majlis kali dapat mengeratkan ukhwah diantara ahli-ahli pertubuhan, terutamanya kepada ahli lama dan baharu yang jarang bersua muka akibat Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang 2 tahun lepas.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam penganjuran Majlis Ihram PSSGRM pada tahun ini, semoga bertemu lagi di penganjuran majlis-majlis yang akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

AJK PSSGRM

Hubungi Kami

SELAMAT BERTUGAS AJK PSSGRM 2022

Annual General Meeting Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia (PSSGRM) yang kedua telah diadakan bersempena dengan Majlis Ihram PSSGRM 2021 di Hill Lake View Resort, Sik, Kedah. Mesyuarat yang diadakan selepas majlis makan malam itu dihadiri 60 orang ahli pertubuhan yang bakal mengundi untuk pelantikan AJK baharu bagi sesi 2022/2023.

Mesyuarat dimulakan oleh kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis, Ustaz Syamir. Gelak tawa berkumandang di sekitar dewan melayan telatah spontan pengacara majlis yang mencuit hati. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Zulkarnain bagi memuliakan mesyuarat, sebelum menjemput Guru Utama, Ustaz Abdul Mutalib Bin Abu Saman untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dalam ucapannya, Ustaz Abdul Mutalib memanjatkan rasa bersyukur dan terharu atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli pertubuhan untuk datang ke majlis yang diadakan begitu jauh dari tempat tinggal masing-masing; justeru menunjukkan betapa kasihnya ahli-ahli kepada pertubuhan ini. Ustaz Abdul Mutalib juga memuji sifat istiqomah yang ditunjukkan oleh para ahli terhadap setiap amalan yang diberi.

Mesyuarat dimulakan dengan pembubaran AJK PSSGRM bagi sesi 2020/2021 oleh Setiausaha Agung PSSGRM, seterusnya pelantikan AJK Tertinggi PSSGRM bagi sesi 2022/2023 berlangsung. Berikut adalah senarai AJK Tertinggi yang telah dilantik.

 

Penasihat Pertubuhan | Ustaz Abdul Mutalib

Presiden | Wan Muhammad Faris

Timbalan Presiden | Muhammad Solleh

Setiausaha Agung | Asyraf Khalil

Timbalan Setiausaha | Adzrul Danial

Bendahari | Nidzam Farhi

AJK Tugas Tugas Khas 1 | Naguib Shukri

AJK Tugas Tugas Khas 2 | Ustaz Syamir

Juruaudit 1 | Hawa Suhaimi

Juruaudit 2 | Lydia

 

Jutaan tahniah kepada kesemua AJK baharu yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberi dapat dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan selamat menjalankan tugas.

Follow us@300x

VIDEO AKTIVITI

Majlis Ihram PSSGRM 2021 yang bertempat diadakan di Sik, Kedah. Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli-ahli baharu yang lengkap pengajiannya. Turut diadakan AGM PSSGRM bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi 2022.

Bertarikh Februari 2020, Majlis Perasmian PSSGRM diadakan dengan jayanya di Putrajaya. Dato' Nazim Johan turut hadir menyerikan majlis.

Aktiviti mingguan PSSGRM di mana ahli-ahli berkumpul untuk latihan Jurusan berjemaah.