Pesakit Kerasukan Jin Paling Seram di Pusat Rawatan Islam Islam Darul Kahfi!
Ini merupakan kisah kerasukan jin terhadap pesakit yang bernama Bella.
Pesakit pulang daripada sebuah kolam air panas yang terletak di Hulu Langat. Tanpa pengetahuannya, ada jin yang telah mengikutinya pulang.
Sahabat-sahabat mereka mengesyaki ada gangguan kerana pesakit mula meracau-racau di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang. Sahabat-sahabat mereka bergegas menghubungi Pusat Rawatan Islam Darul Kahfi dan meminta tolong, walaupun waktu itu jam menunjukkan pukul 4.30 AM.
Pesakit tiba di klinik pada jam 5.00 AM. Pesakit ditemani oleh kawannya untuk masuk ke dalam klinik. Pada mulanya pesakit berasa sangat tidak selesa dan tidak mampu untuk memandang perawat. Pada waktu itu, perawat telah dapat mengesan kehadiran tenaga jahat yang berpunca daripada kehadiran jin itu.
Perawat telah menasihati pesakit agar mengunakan produk terlaris di Klinik Perubatan Islam Darul Kahfi iaitu Minyak MAMO yang telah diruqyah. Minyak MAMO telah diformulasi khusus agar jin yang berada di dalam tubuh badan pesakit merasa panas. Ekoran itu, jin itu terus mengamuk dan cuba untuk lari keluar daripada klinik.
Sepanjang dirasuk, pesakit langsung tidak sedarkan diri dan tidak mengingati apa pun yang telah terjadi. Setelah menerima rawatan, pesakit terus sedar dan terkejut dia sudah berada di lantai. Rawatan selesai jam 5.30 AM.