Perlukah Peralatan Bekam Di Sterilizer

Seperti yang anda tahu kebersihan itu adalah sangat penting bagi seorang perawat bekam. Sebabnya kita  selalu bermain dengan darah dan untuk mengelakkan dari penyakit berjangkit kepada perawat sendiri mahupun orang lain. Dan anda harus tahu darah tu adalah tempat yang paling senang untuk pembiakkan Virus dan Kuman.

Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk disterill / cuci alatan bekam ini. Anda boleh guna:
1. Kaedah rebusan selama beberapa minit dalam air yg mendidih,
2. Rendamkan kedalam larutan Alkohol beberapa jam.
3. Kaedah yang terbaru yang mudah dan cepat iaitu menggunakan alat disterill seperti UV Sterilizer.

Alat UV Disterill ini sebenarnya telah lama digunakan di mana Hospital dan Klinik. Ia menggunkan cahaya UV sebagai medium untuk membunuh Virus dan Kuman. Banyak kajian telah dibuat sebenarnya (anda boleh search sendiri kat google) bahawa cahaya UV ini terbukti berkesan membunuh Kuman, Virus, termasuklah virus HIV, dan Aids.

Anda tidak perlu bimbang jika menjalani Rawatan Bekam Sunnah Al-Kahfi disini, kami sangat menitik berat keselamatan dan kebersihan Bekam itu sendiri.┬áPusat Bekam kami sendiri pun sudah lama beroperasi lebih dari 10 tahun. Hampir belas ribu pesakit kami, Alhamdulillah .. sangat berpuas-hati dan mendapat kesan kesihatan yang sangat menakjubkan terutamanya bagi mereka yang terlibat dan terkena gangguan mistik. “KESEMBUHAN ITU HANYA MILIK ALLAH“.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.