Peralatan Berbekam

Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Peralatan bekam yang digunakan
* Set Bekam
* Pen lancet
* Jarum lancet
* Minyak Angin Hijau DK
* Antiseptic
* Alcohol Swaps
* Sarung tangan latex
* Face Mask
* Pisau cukur Gillette bagi titik bekam di kepala
* Tisu Gulung bagi membersihkan darah kotor
* Dettol mencuci bekas bekam
* Mesin UV Steril

About admindarulkm

Ustaz Abdul Mutalib merupakan pengasas Darul Kahfi dan juga Pengasas Pertubuhan Gerak Rahsia Malaysia. Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Rawatan Islam seperti Rawatan Gangguan Sihir, Jin dan lain-lain lagi. Kini telah mempunyai 2 Orang Wakil Guru iaitu Ustaz Solleh dan Ustaz Syed Zul dan Seramai 4 orang Pembantu Perawat.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.