Temujanji

Perkhidmatan AL-Hijamah dilakukan di Pusat Perubatan Islam Darul Kahfi malah perkhidmatan dari rumah ke rumah juga turut disediakan. Setiap pesakit atau pelanggan yang hadir untuk berbekam mestilah terlebih dahulu melakukan perbincangan bagi mengetahui status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam agar perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.

JADUAL RAWATAN :
Selasa, Jumaat & Sabtu – 8.30pm hingga 1.00am.
Bukan malam rawatan – Sila tetapkan temujanji dahulu.

UNTUK DIHUBUNGI :
Pn. Rusmah : 011-3629 7121 (Pesakit Wanita)
Ustaz Abdul Mutalib : 019-3960893 (Pesakit Lelaki)

Perawat / Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat Kursi, doa dan selawat syifa’, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja mengeluarkan racun/toksik dari dalam badan tetapi juga sihir. Sihir pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti sihir biasa atau bisa-bisa santau. Keadaan ini akan dikeluarkan dengan kaedah khusus oleh Perawat Darul Kahfi. InsyaAllah setiap pesakit / pelanggan yang berbekam disini, Pihak Darul Kahfi akan cuba sedaya upaya bagi memastikan mereka bebas dari sihir. Sesungguhnya yang menyembuhkan adalah hak Allah.