Santau Sihir Busung

Sihir busung salah satu cabang sihir kategori santau bisa juga di gunakan oleh pengamal tukang sihir yang paling di geruni dan boleh membawa maut. Bomoh-bomoh sakai asli selalu mengunakan sihir busung melalui pelbagai kaedah.

Salah satu contoh ialah menggunakan katak yang baru mati dibunuh lalu diletakkan bisa ke dalam perut katak dan darah atau angin lalu di puja untuk mengenakan mangsa.Tanda gangguan boleh dikenal pasti apabila menjelang lepas asar hingga ke malam perut pesakit tiba-tiba boleh buncit mengeras bdan berasa benda bergerak serta mencucuk-cucuk. Ia boleh menjadi sesak nafas tersekat-sekat. Ada masa perut pesakit akan seperti sediakala dan bersilih ganti busungnya seolah2 seperti permainan. Pesakit juga akan mengalami mimpi kubur, tempat kotor, mimpi ular hitam atau anjing hitam dan binatang berbisa. Ada juga bermimpi makhluk hodoh dan sering nampak kelibat atau lintasan banyangan lembaga hitam.

PicsArt_12-09-01.49.14

Malah ada juga pesakit yang lemah semangat bila terkena busung, mereka akan meracau seperti kerasukan tambah2 lagi bila maghrib menjelang. Sakit tidak terperi seperti kejang urat di sekitar perut dan mengeras seperti batu, berguling-guling tidak tentu arah dan biasanya akan beransur kurang sakit selepas waktu Isyak. Menjelang tengah malam nanti, pesakit akan mula merasai sakit berulang kali seperti tadi. Kadang2 terdengar suara sayup2 memanggil nama mereka. Wallahualam.. ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI semua perkara dan misteri ini, sukar diungkap bagi mereka yang tidak mempercayainya. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MENYELIPUTI SEKALIAN ALAM …

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.