Malam Jumaat Anak Muda

Malam Jumaat adalah penghulu segala hari. Ianya adalah hari raya bagi fakir miskin. Disunatkan banyak beribadah, lebih daripada malam-malam lain. Malam Jumaat adalah malam Rahmat. Telah menjadi tradisi orang-orang soleh, mereka menanti dengan penuh rasa gembira. Malam Jumaat adalah malam memperbanyakkan amal bagi solehin dan muqarabbin. Siang harinya pula, mereka berebut-rebut ke masjid untuk mendapat tempat di barisan hadapan. Dan barang siapa masuk ke dalam kubur pada malam dan hari Jumaat akan terlepas daripada siksa kubur (orang mukmin).

Begitulah keutamaan malam dan hari Jumaat. Justeru, perlu diusahakan supaya hari Jumaat benar-benar menjadi hari raya bagi fakir miskin. Juga merupakan hari kebesaran bagi seluruh umat Islam, hari utama bagi semua kaum. Muliakan dan meriahkanlah malam dengan ibadah lahir dan ibadah batin.

Bersedekahlah pada paginya kerana bersedekah dapat membawa kepada ukhwah dan hubungan kasih sayang. Beri makan fakir miskin dan sahabat-handai pada malam atau paginya dapat mengeratkan silaturrahim.

PicsArt_12-10-09.39.06

Jadikanlah hari Jumaat sebagai hari hamba dengan Tuhannya. Biar bumi nampak sepi daripada segala aktiviti tetapi di langit para malaikat sedang sibuk mengangkat amal-amal soleh. Biar nampak secara nyata suasana Islam itu pada hari Jumaat. Insya’Allah hari-hari lain akan terikut sama. Wahai anak muda, mari kita berusaha supaya hari-hari itu, hari-hari yang mendatang menjadi hari yang dipenuhi dengan suasana Islam. Jadikan hati kita ini mudah tunduk dan patuh kepada semua tuntutan Islam dengan rela tanpa dipaksa-paksa. JANGAN TIDUR LAMA WAHAI ANAK MUDA .. DIMANA JANJI DENGAN TUHAN KU ..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.