Jenis-Jenis Bekam

Bekam kering atau bekam angin tidak (menggunakan pisau hanya cawan ditekapkan di atas kulit ) adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksid/toksin. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah atau bekam darah ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan pisau pakai buang atau pen bekam untuk menghiris sedikit kulit atau menyucuk di point-point tertentu di mana darah toksid/toksin akan dikeluarkan menggunakan alat berbekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksid/toksin adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksid/toksin dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat, kehitam-hitaman, bertali-tali serta berbuih.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam. Selepas berbekam hendaklah berehat dan makan/mandi selepas sejam atau dua jam kemudian. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

PIC 30

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.