Biodata Ustaz Abdul Mutalib

Menetap di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Dilahirkan pada 25 Nov 1967 di Sik Kedah, mendapat pendidikan agama peringkat awal di pondok. Dalam rawatan Alternatif beliau pernah belajar dengan Ustaz Nazri Hussain serta berguru dengan berpuluh guru dari Malaysia. Kepakaran beliau dalam Ilmu Tenaga Dalam (Aura) terbukti dengan beribu pesakit Mistik/ganjil pulih di tangannya dengan izin Allah SWT. Merupakan Pengasas Perubatan Islam Darul Kahfi dan pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif.Mempunyai pengelaman hampir 11 tahun di dalam bidang rawatan Alternatif dengan kaedah Rawatan Islam khususnya penyakit-penyakit sihir, gangguan jin atau makhluk halus, rawatan keluarkan santau, membuang saka, barah, berbekam, urutan tradisional dan lain-lain. InsyaAllah.