Bekam Sakit Belakang

Sakit belakang dan bahu yang teramat sangat. Badan rasa berat, malas serta lemah selalu, itulah ucapan pertama pesakit kepada saya. Sudah berminggu menganggu beliau. Kerja seharian menjadi sukar kerana masalah sakit belakang semakin kerap terjadi sejak dua, tiga hari ini. Jelas beliau sedang dalam kesakitan yang teramat sangat.

Kehadiran darah kotor yang mengganggu kelancaran peredaran darah adalah salah satu faktor. Selain itu saya berpendapat tulang spinal bahagian bawah beliau ada masalah. Urat pada saluran pinggang menjadi sempit dan tekanan kepada pembuluh darah menjadi terbeban untuk menyalurkan darah keseluruhan daerah pinggang menjadi lembab.

Kesakitan menjadi lebih ketara apabila beliau terlalu lama berdiri atau membuat kerja2 berat. Alternatif kepada sakit belakang saya syorkan untuk pesakit membuat rawatan bekam. Alhamdulillah rawatan bekam berjalan dengan lancar. Memang banyak darah kotor terdapat dalam tubuh badan pesakit.

Antara titik yang dibekam bagi menghilangkan sakit2 badan ialah berbekam dikawasan sakit tersebut. Berbekamlah sebelum semuanya terlambat. Tiada berguna lagi kalau penyakit melarat dan memudaratkan kita semua.

PicsArt_12-04-01.42.25

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah …

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.