Bekam Resdung & Jerawat

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit “Sinusitis”. Resdung juga adalah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung.
Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan, resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.PicsArt_12-13-06.21.10 Tapi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.

Bagaimana Ketahui Masalah Resdung ?

  • Hidung tersumbat dan gatal
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala dan tidak boleh terkena pada cuaca yang terlalu panas

Punca Masalah Resdung

  • Alahan – habuk, makanan laut & dll
  • Struktur hidung tidak normal
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi
  • Menyelam di air sungai atau kolam yang tercemar
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.