Bangun Wahai Anak Muda

KITA UMAT ISLAM hendaklah ingat, perjuangan kita ialah mendaulatkan kalimah Allah. Jangan lupa perkara ini walaupun dalam keadaan susah atau senang. Sekiranya anda berada dalam limpahan rezeki berbentuk harta dan wang yang melimpah-ruah, janganlah lupa perjuangan kita adalah perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Kalau anda berada disituasi terhimpit, tertindas dan tertekan juga janganlah lupa perjuangan mendaulatkan kalimah Allah.Kita perlu ingat bahawa seorang muslim tidaklah mulia kerana ia menjadi kaya, menjadi berharta, menjadi penguasa dan ternama. Dia tidak pula menjadi hina kerana miskin atau dibenci atau dibuang orang keluar dari negerinya. Tetapi seorang Muslim mulia kerana jihad dan perjuangannya dalam menegakkan kalimah Allah.

MUTIARA 07

Berpegang teguhlah dalam menegakkan kalimah Allah kerana inilah maka kita kumpul ilmu, kumpul sahabat, kumpul semangat, bina organisasi, bina ukhuwah, wujudkan keselarasan, bina ekomoni, bina kesedaran, bina sistem muassasah tersendiri serta bina ihsan. Semua ini kita buat kerana hendak mencapai cita-cita mendaulatkan kalimah Allah.

Pendek kata, apa saja yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mendaulatkan kalimah Allah. Jangan lupa cita-cita perjuangan ini. Inilah cita-cita perjuangan Rasulullah, cita-cita perjuangan para sahabat, tabiin, tabiit tabiin, para mujahid dan pengamal-pengamal agama. Sebagaimana kita tahu bahawa kalimah Allah itu ialah hukum-hakam Allah.

Wahai anak muda Bangunlah Berjuang. Kalau anda tidak mahu berjuang mendaulatkan hukum-hakam Allah, besar kemungkinan berlaku dua perkara. Pertama, hukum-hakam toghut akan mengambil tempat dan terus mengongkong anda seumur hidup. Kedua, Allah akan gantikan kaum Muslimin yang lain bangun berjuang menegakkan kalimah Allah. Mahukah anda menjadi hina kerana tidak berjuang? Tepuk dada, tanyalah iman anda .. Wallahuallam ….

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.