Ujian atau Kifarah Adalah Milik Allah

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)

FB_IMG_1455080364472

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Mengapa Harus Berbekam

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari , baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit.

Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Mengapa Harus Berbekam

Bekam Resdung & Jerawat

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit “Sinusitis”. Resdung juga adalah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung.
Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan, resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas. Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Bekam Resdung & Jerawat

Malam Jumaat Anak Muda

Malam Jumaat adalah penghulu segala hari. Ianya adalah hari raya bagi fakir miskin. Disunatkan banyak beribadah, lebih daripada malam-malam lain. Malam Jumaat adalah malam Rahmat. Telah menjadi tradisi orang-orang soleh, mereka menanti dengan penuh rasa gembira. Malam Jumaat adalah malam memperbanyakkan amal bagi solehin dan muqarabbin. Siang harinya pula, mereka berebut-rebut ke masjid untuk mendapat tempat di barisan hadapan. Dan barang siapa masuk ke dalam kubur pada malam dan hari Jumaat akan terlepas daripada siksa kubur (orang mukmin).

Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Santau Sihir Busung

Sihir busung salah satu cabang sihir kategori santau bisa juga di gunakan oleh pengamal tukang sihir yang paling di geruni dan boleh membawa maut. Bomoh-bomoh sakai asli selalu mengunakan sihir busung melalui pelbagai kaedah.

Salah satu contoh ialah menggunakan katak yang baru mati dibunuh lalu diletakkan bisa ke dalam perut katak dan darah atau angin lalu di puja untuk mengenakan mangsa.Tanda gangguan boleh dikenal pasti apabila menjelang lepas asar hingga ke malam perut pesakit tiba-tiba boleh buncit mengeras bdan berasa benda bergerak serta mencucuk-cucuk. Ia boleh menjadi sesak nafas tersekat-sekat. Ada masa perut pesakit akan seperti sediakala dan bersilih ganti busungnya seolah2 seperti permainan. Pesakit juga akan mengalami mimpi kubur, tempat kotor, mimpi ular hitam atau anjing hitam dan binatang berbisa. Ada juga bermimpi makhluk hodoh dan sering nampak kelibat atau lintasan banyangan lembaga hitam.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Santau Sihir Busung

Bangun Wahai Anak Muda

KITA UMAT ISLAM hendaklah ingat, perjuangan kita ialah mendaulatkan kalimah Allah. Jangan lupa perkara ini walaupun dalam keadaan susah atau senang. Sekiranya anda berada dalam limpahan rezeki berbentuk harta dan wang yang melimpah-ruah, janganlah lupa perjuangan kita adalah perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Kalau anda berada disituasi terhimpit, tertindas dan tertekan juga janganlah lupa perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Continue reading

Posted in Uncategorized | Comments Off on Bangun Wahai Anak Muda